hendak menyampai,tidak mampu
hendak mengajar,tidak berilmu
jadi aku berpuisi
melukis erti dalam selimut ayat
menguntai hati yang meratapi diri sendiri
supaya mungkin,sedikit sedikit
tersampai makna ke jiwa yang lain.
BismillahirRahmanirRahim.
Monday, January 31, 2011
putih.
Posted by Julia&V at 3:04 AM 0 comments
Labels: philosophy
Friday, January 28, 2011
mengenal diri (I)
menjadi diri sendiri bukannya mudah.
bagaimana kita dapat mengetahui,samada jika kita mempamerkan diri kita yang sebenar atau tidak? mudah sahaja.
menyesali tindakan yang dilakukan.terfikir "kenapalah aku buat macam tu."
tidakkah kita terfikir,sekiranya kita melakukan sesuatu yang berbeza dari apa yang telah selesai,adakah itu maknanya kita melakukan sesuatu yang kita benar-benar mahu,yakni menjadi diri sendiri?
sometimes that may be the case,but sometimes it is not.humans,are too complex to be simplified with simple words.
sebenarnya,kita perlu membezakan yang mana merupakan isi hati kita sendiri,dan yang mana merupakan bisikan syaitan.ilham dari Allah juga perlu dikenalpasti,serta digunakan sebaik mungkin.
suara hati tidak semestinya melambangkan diri kita sendiri.adakalanya kita perlu lakukan apa yang kita rasa tidak patut,kerana kesannya mungkin bertentangan dari pandangan orang lain.juga bisikan syaitan itu dapat dikenali,jika sahaja kita cukup mengenali diri kita sendiri terlebih dahulu.
sesuatu yang baik dari tanggapan kita,adakalanya buruk di sisi Allah.sesuatu yang buruk dari tanggapan kita,mungkin sahaja merupakan ujian dari Allah yang menjanjikan pahala kepada mereka yang bersabar menghadapinya.
Posted by Julia&V at 10:05 AM 1 comments
Labels: philosophy
